Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan (jika berkenaan) Notis Perlindungan Data LPPSA.
Saya mengaku bahawa saya bukan seorang yang bankrap atau penghutang penghakiman atau tiada keterhutangan kewangan yang serius atau dalam tindakan tatatertib bagi tujuan buang kerja, termasuk dalam siasatan Polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Saya bersetuju dan mengesahkan bahawa segala dokumen-dokumen permohonan yang dikemukakan adalah tepat dan benar mengikut salinan asal. Saya juga faham bahawa LPPSA berhak untuk membatalkan pembiayaan dan mengambil tindakan undang-undang termasuk tetapi tidak terhad kepada membuat laporan Polis, melaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi yang berkenaan dengan saya untuk tindakan tatatertib ke atas saya sekiranya saya didapati tidak telus dalam memberikan maklumat dan/atau dokumen-dokumen permohonan tersebut kepada LPPSA.